SELAMAT DATANG KE PANCHING TERNAK ~ PEMBEKAL SUSU KAMBING SEGAR & BIOSTEEN

Wednesday

SILAJ

Alhamdulillah... atas permintaan rakan-rakan yang sama-sama menghadiri KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN TERNAKAN RUMINAN DI INSTITUT PEMBANGUNAN AGROBANK (ABADI),BANGI PADA 18-20 APRIL 2008 akhirnya dapat juga saya sediakan semula maklumat atau tatacara untuk membuat silaj.Jutaan terima kasih kepada Agrobank dan Delegasi Mutiara SDN.BHD yang telah menganjurkan kursus tersebut.



MAKNA SILAJ
Silaj merupakan bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan di tempat yang kedap udara.Foder yang berkelembapan tinggi (65-75%) diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobik) dalam jangkamasa yang lama bagi mengelakkan kerosakan.

TUJUAN MEMBUAT SILAJ
Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan terutama di musim kemarau atau banjir.

BAHAN UNTUK MEMBUAT SILAJ
o Rumput
• Semua jenis rumput terutama rumput gajah
o Lain – lain
• Bahan sampingan pertanian seperti pelepah sawit dan batang (stover) jagung

PROSPEK MEMAJUKAN SILAJ
Sebab-sebab:-
• Penternak semakin progresif dan komersial
• Kekurangan masa dan buruh memungut foraj atau mengembala ternakan
• Tekanan ke atas kawasan ragut akibat proses urbanisasi
• Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak
• Kewujudan foder yang bermutu tinggi
• Keupayaan silaj dikomersialkan


KAEDAH PEMBUATAN SILAJ SEBAGAI SUMBER MAKANAN TERNAKAN

Rumput dipotong pendek antara 3-15cm keratan dengan menggunakan mesin khas ’CHOPPER’.Rumput perlu dilayukan – bahan kering 30% adalah terbaik.Pengisian foder dan pemampatan dilakukan secepat mungkin, Penutupan hendaklah dilakukan segera.
Ada beberapa jenis silo (bekas) yang boleh digunakan:-
• Silo Palung (kerek)
• Silo Tong Drum Plastik
• Silo Bungker
• Silo Wrap

Pengurusan silaj semasa memberi makan kepada ternakan:-
• Silo yang baik bersaiz sederhana
• Apabila silo dibuka, ianya patut dihabiskan pada hari itu juga
• Silaj yang rosak berwarna kehitaman/berkulat.

PROSES SILAJ
o Fasa 1
• Rumput dimasukkan ke dalam silo
• Respirasi berterusan
• Oksigen digunakan
• CO2 dan haba dihasilkan
• Suhu meningkat

o Fasa 2
• Asid asetik dikeluarkan
• pH turun dari 6.0 ke 4.2

o Fasa 3
• Asid laktik di hasilkan
• Asid asetik menurun

o Fasa 4
• Pengeluaran asid laktik berterusan
• Suhu turun
• Aktiviti bakteria terhenti pada pH 4.0

FAKTOR YANG DIPERLUKAN UNTUK SILAJ BERKUALITI
• Keadaan kedap udara untuk menjadi persekitaran anaerobik
• Kelembapan foraj 65-75%
• Cukup karbohidrat larut (>3%)
• Bahan boleh dimampat untuk menyingkir udara
• Bahan tidak tercemar dengan benda asing seperti tanah.

JUMLAH SILAJ YANG PERLU DIBERIKAN KEPADA SETIAP EKOR TERNAKAN.
Setiap hari ternakan memerlukan pastura atau foder segar yang bermutu sebanyak 7% daripada berat badan mereka ATAU 3% bahan kering.
Bagi mengurangkan pembaziran silaj perlu diberi tidak melebihi keperluan dan dimasukkan dalam tempat makanan yang sesuai.

PRINSIP PENYIMPANAN SILAJ
• Foraj disimpan dalam persekitaran pH rendah(4.2) dan anaerobik di mana proses biokimia dan aktiviti bakteria pengurai aerobik serta kulat akan terhalang.

KELEBIHAN SILAJ
• Lebih selera daripada rumput kering
• Tidak bergantung kepada cuaca
• Boleh disimpan lebih lama tanpa kerosakan
• Tidak mudah terbakar
• Kurang ruang penyimpanan


KESIMPULAN
• Kejayaan dalam pengeluaran silaj membantu dalam penyelesaian pemakanan ternakan yang semakin meningkat.
• Pengeluaran silaj yang efisien mengurangkan kos makanan.
• Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak membantu pengeluaran silaj.
• Secara am silo mestilah kedap udara.
• Pengendalian bahan silaj sangat perlu dalam pemilihan silo.
• Silaj mampumemainkan peranan dalam menampung keperluan makanan ternakan di Malaysia.

CONTOH CARA PEMBUATAN SILAJ NAPIER DAN JAGUNG.

SILAJ RUMPUT NAPIER

1. Rumput napier 160 batang - 80kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 800 gram
3. Garam - 800 gram
4. Urea – 400 gram
5. Air – 3.2 kg
6. Additif - EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – cth:-100ml laktos, 900ml air).

Kadar peratusan:-
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

Cara- cara:-
1. Cincang/mesin rumput napier.
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari


SILAJ JAGUNG

1. Pokok jagung 420 batang – 70kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 700 gram
3. Garam - 700 gram
4. Urea – 350 gram
5. Air – 2.8 kg
6. Additif – EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos, 900ml air).

Kadar peratusan:-
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

Cara- cara:-
1. Cincang/mesin rumput napier
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/additif.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari



Rumput yang sedia di proses untuk membuat silaj


Batang jagung dimesin menggunakan mesin 'CHOPPER'


Rumput yang telah di mesin ditimbang untuk kiraan bahan-bahan campuran


Rumput dimampat supaya kedap udara


Bahan-bahan seperti molasses,garam,urea,air dan Laktos dicampurkan


Silaj yang telah siap dan sedia untuk diperamkan selama 21 hari

Peta ke Panching Ternak

Peta ke Panching Ternak

Peta Kuantan

Pemandangan Kuantan dari satelit

ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
 

DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."

(Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

 

SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN

1. Islam
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan
   untuk bekerja seperti membajak sawah,
   menarik kereta dan sebagainya.

KETERANGAN

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."

(Surah Al-Baqarah:267)

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
30 - 39
1 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
40 - 49
1 ekor
Betina
2 tahun lebih**
60 - 69
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
70 - 79
1 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
80 - 89
2 ekor
Betina
2 tahun lebih**
90 - 99
3 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
100 - 109
2 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
110 - 119
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
120 ke atas
3 ekor atau
4 ekor
Betina @
Jantan
2 tahun lebih & **
1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
40 - 120
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
121 - 200
2 ekor kambing biri-biri atau
2 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
 
1 tahun
 
201 - 399
3 ekor kambing biri-biri atau
3 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
2 tahun
  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
  • Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Hantar komen atau tempahan anda di bawah.

Nama:

Mail:

Comment: