SELAMAT DATANG KE PANCHING TERNAK ~ PEMBEKAL SUSU KAMBING SEGAR & BIOSTEEN

Monday

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pengumuman kepada semua agen dan pelanggan susu kambing Panhcing Ternak(Panching Farm), kini susu kambing boleh di dapati di kedai baru saya Zansk Trading beralamat A33, Jalan IM2, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan (Bersebelahan Pasaraya Tunas Manja Indera Mahkota/Farmasi Haneem). Hubungi 018 713 9227 / 019 953 9227 Terima kasih..





Saturday

Monday

Selamat Menyambut Hariraya 'Idulfitri 1432H



Alhamdulillah, kita telah berjaya melalui bulan Ramadhan selama sebulan mulai 1 Ogos 2011 dan kita akan Menyambut Hari Raya 'Idulfitri pada hari esok atau lusa.Semoga Allah Ta'ala melimpahkan kebaikan dan balasan pahalanya kepada kita semua.


Ampun dan maaf andainya saya ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala ..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Ter pekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,

Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua, “Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada” Kerana saya masih bernama manusia pastinya tak lepas membuat dosa..
Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin


Sunday

BIOSTEEN - MINUMAN EKSTRAK MANGGIS NO.1 MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Selaku Pusat Jualan Negeri Pahang(Stokis Negeri Pahang), saya mengalu-alukan kehadiran tuan2 di Pusat Jualan saya di Indera Mahkota 5 (berhampiran Bank Rakyat & Bank Simpanan Nasional) untuk mendapatkan Biosteen.InsyaAllah pusat jualan akan dibuka pada pertengahan bulan April 2011.Kerja-kerja ubahsuai pejabat sedang giat dijalankan.Keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian 019 953 9227 dan 019 629 4927.


Saturday

Tawaran Jualan Saanen Penjantan Pure




Baka baik punya..


Tawaran terhad sementara stok masih ada.Harga cuma RM2100 sahaja.Masih boleh dirunding sampai jadi...

Thursday

Monday

Lawatan ke SGI Farm




Alhamdulillah plan untuk ke Melaka terlaksana juga akhirnya. Seawal pagi kami bertolak dari Kuantan utk menjejak sahabat lama aku, saudara Norman yang sama2 kerja di Vietnam suatu ketika dulu yang kini buat projek ternakan kambing juga.Kami tiba di Bukit Rambai agak lewat kerana tersilap jalan.Hahaha.. dah lama tak ke Melaka, jalan dah berubah rupanya... Tahniah kepada orang Melaka,dah makin cantik sekarang ni..

Setelah diberi penerangan mengenai makanan ternakan yang dibuat sendiri untuk menjimatkan kos makanan yang kian meningkat sekarang ini, kami pun dengan sukacitanya membeli beberapa tong makanan kambing untuk di bawa balik ke Kuantan dan Temerloh dan diberikan kepada kambing2 kami.Alhamdulillah, ada perkembangan positif.

Kepada pemilik SGI Farm, En. Norman, aku ucapkan tahniah atas kejayaan yang di kecapi sekarang.

Setelah penat melawat kandang, kami pun menjamu selera di bandar Melaka dan menyerahkan EM yang di pesan oh Tn Hj Zakaria. Berikut ada sedikit gambar yang sempat kami ambil ketika melawat SGI Farm.




Peta ke Panching Ternak

Peta ke Panching Ternak

Peta Kuantan

Pemandangan Kuantan dari satelit

ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
 

DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."

(Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

 

SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN

1. Islam
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan
   untuk bekerja seperti membajak sawah,
   menarik kereta dan sebagainya.

KETERANGAN

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."

(Surah Al-Baqarah:267)

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
30 - 39
1 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
40 - 49
1 ekor
Betina
2 tahun lebih**
60 - 69
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
70 - 79
1 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
80 - 89
2 ekor
Betina
2 tahun lebih**
90 - 99
3 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
100 - 109
2 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
110 - 119
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
120 ke atas
3 ekor atau
4 ekor
Betina @
Jantan
2 tahun lebih & **
1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
40 - 120
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
121 - 200
2 ekor kambing biri-biri atau
2 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
 
1 tahun
 
201 - 399
3 ekor kambing biri-biri atau
3 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
2 tahun
  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
  • Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Hantar komen atau tempahan anda di bawah.

Nama:

Mail:

Comment: