SELAMAT DATANG KE PANCHING TERNAK ~ PEMBEKAL SUSU KAMBING SEGAR & BIOSTEEN

Tuesday

Susu Kambing Panching Ternak





Susu kambing merupakan minuman semulajadi hampir kepada makanan sempurna yang berkhasiat dan penuh dengan kesegaran. Kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi dan kurang laktosa berbanding susu ternakan domestik yang lain. Struktur kimianya adalah hampir dengan susu ibu.Susu kambing yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protein, asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin B12, fosforus dan kalsium dikatakan mampu menyembuhkan penyakit tertentu menjadikan permintaan terhadapnya sentiasa tinggi.

Susu kambing merupakan pilihan makanan terbaik bagi membantu meningkatkan tumbesaran badan manusia kerana ia mempunyai khasiat dan kualiti yang hampir sama dengan susu manusia.Kandungannya yang penuh dengan khasiat vitamin A,D dan E amat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan dalam kehidupan seharian.Kandungan lemak yang rendah juga boleh membantu merawat pelbagai penyakit seperti jaundice, asma dan gastrik serta sesuai untuk sistem penghadaman yang bermasalah.

Jika dibandingkan, susu kambing adalah lebih mudah dihadam berbanding susu lembu dan ia kaya dengan pelbagai zat galian yang diperlukan manusia.Susu ini juga boleh membantu manusia untuk menjaga kesihatan kulit dan pembinaan sel-sel darah dalam badan di samping dapat membantu memulihkan masalah tenaga batin.Susu kambing daging sememangnya tidak sesuai untuk diminum kerana ia berbau hanyir tetapi susu kambing tenusu memang sesuai untuk diminum.

• Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah.

• Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati:-

Kanser
Tulang/lemah/rapuh
Asma/lelah
Demam kuning
Migran
Penyakit kulit
Minda / tenaga
Kencing manis
Hepatitis
Gastrik
Insomia
Ulser

• Mudah dihadam kerana globul lemaknya lebih kecil

Cubalah minum susu kambing ini. Insya-Allah dengan izin-Nya, berkat kesabaran & usaha anda, penyakit anda itu masih boleh diubati.

Susu kambing segar Panching Ternak adalah dijual secara segar melalui pembelian terus di ladang atau melalui tempahan. Kami juga mengadakan servis penghantaran susu terus ke rumah anda. Tempahan boleh di buat dengan mengantar email ke zulkifs@yahoo.com atau telefon 019 953 9227 atau 019 629 4927 dan penghantaran bagi belian minima 20 botol 330ml di sekitar Kuantan adalah percuma.

Surah Al Nahl, ayat 66: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.

Surah Al Mu'minuun, ayat 21: Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.



Harga adalah seperti yang di nyatakan di bawah :

Botol 1 liter susu kambing : RM 20.00
Botol 330 ml susu kambing : RM 7.00



No comments:

Peta ke Panching Ternak

Peta ke Panching Ternak

Peta Kuantan

Pemandangan Kuantan dari satelit

ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
 

DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."

(Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

 

SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN

1. Islam
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan
   untuk bekerja seperti membajak sawah,
   menarik kereta dan sebagainya.

KETERANGAN

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."

(Surah Al-Baqarah:267)

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
30 - 39
1 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
40 - 49
1 ekor
Betina
2 tahun lebih**
60 - 69
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
70 - 79
1 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
80 - 89
2 ekor
Betina
2 tahun lebih**
90 - 99
3 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
100 - 109
2 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
110 - 119
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
120 ke atas
3 ekor atau
4 ekor
Betina @
Jantan
2 tahun lebih & **
1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
40 - 120
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
121 - 200
2 ekor kambing biri-biri atau
2 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
 
1 tahun
 
201 - 399
3 ekor kambing biri-biri atau
3 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
2 tahun
  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
  • Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Hantar komen atau tempahan anda di bawah.

Nama:

Mail:

Comment: