SELAMAT DATANG KE PANCHING TERNAK ~ PEMBEKAL SUSU KAMBING SEGAR & BIOSTEEN

Friday

Lampu Terapi Garam Gunung Himalaya




Lampu Terapi Garam Bukit berasal dari pegunungan Himalaya, perbatasan antara Pakistan dan India. Garam ini telah terbentuk secara alamiah sejak 256 juta tahun yang lalu. Menurut penelitian laboratorium, garam ini mempunyai kandungan elemen bio fizik yang dapat meningkatkan kesihatan tubuh manusia, diantaranya: menghasilkan ion negatif untuk membersihkan udara menjadi neutral, murah efektif dan sihat, berfungsi untuk meneutralkan dan mengimbangi gelombang/frekuensi elektromagnetik, dan sebagai terapi cahaya warna yang menghasilkan 600-700 nanometer

Fungsi Lampu Terapi Lampu Garam Bukit

Mengembalikan ion negatif seperti di kawasan pergunungan dan air terjun yang secara natural memiliki kesegaran udara dan dapat mengurangkan bakteria yang beredar di udara sekitarnya.
Mengimbangi pengeluaran ion-ion positif yang merosak kualiti udara dan kesihatan akibat penggunaan alat alat elektronik seperti komputer, tv, radio dan AC termasuk asap rokok.
Menurut penelitian dari institut penyelidikan bio fizik dari Jerman, bahawa pengeluaran wap dari lampu ini boleh mengembalikan kualiti udara dan meningkatkan ion negatif 3 kali lebih banyak.
Menurut Dr. Albert P. Krueger dari Universiti California, kualiti ion yang sedikit boleh membunuh bakteria dalam udara dengan cepat. Disamping itu dapat mengurangi kemungkinan terjangkitnya bakteria tersebut pada individu yang lain.
Dapat mengurangkan beberapa penyakit seperti sinus, migrain, sakit kepala, dengkuran, demam, gejala asma, alergik, flu, gangguan pernafasan, mengurangkan susah tidur (insomnia), meningkatkan daya tahan tubuh dan menambah produktiviti bekerja serta meningkatkan konsentrasi.
Mengurangi bau, mencegah radiasi

Dimana Lampu Terapi Garam Gunung Himalaya Harus Diletakkan?

Di ruang tamu, ruang makan terutama diruang tidur.
Ruangan bilik yang terdapat alat-alat elektronik seperti komputer, AC dan alat-alat elektronik lainnya, untuk membantu meningkatkan konsentrasi dan mengurangi stress dalam bekerja.
Ruangan kelas untuk meningkatkan kecerdasan dan kekuatan berfikir para pelajar dan guru.
Klinik dan hospital digunakan untuk mengurangkan kuman dan bakteria yang beredar.
Di dapur,ruang tamu,bilik tidur untuk mengurangkan serangga seperti lipas, semut dan nyamuk.

Saanen oh Saanen


Memelihara kambing Saanen amat menyeronokkan. Sifatnya yang jinak dan manja membuatkan kita rasa sayang kepadanya. Apatah lagi jika diberi nama, bila kita menyebut namanya, ia datang kepada kita.Seolah-olah dia faham yang kita sedang memanggilnya. Bila susu di perah, si ibu Saanen asyik mencium kita seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada kita.Lihatlah gambar di bawah betapa mesranya si Saanen bersama manusia. Berikut adalah penerangan mengenai Kambing Saanen.

Kambing Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature).

Ciri-Ciri : Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.

Berat : Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36kg - 63kg (Betina).

Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg.

Susu : Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu (lemak susu) 3-4%.

Bersaiz sederhana dan ada yang besar. Anggaran berat bacaan 65 kg dengan tulang yang berceranggah dan bertenaga serta sihat.

Betina perlu mempunyai ciri feminin & tidak kasar Berwarna putih atau krim cerah dan kadang-kadang ada tompokan . Berbulu pendik dan halus, kadang-kadang berjambul di bahagian tulang belakang dan peha. Telinga tegang, dan menghala ke depan. Muka lurus. Sensitif terhadap cahaya matahari, lebih produktif dalam keadaan sejuk. Tempat berteduh perlu disediakan.






Makanan Ternakan Kambing


Setelah melihat perkembangan kambing di kandang, tidak dapat tidak, tumbuhan hijau adalah makanan utama bagi ternakan kambing. Selain rumput napier, daun kelapa sawit, batang jagung, daun-daun hutan juga membekalkan banyak khasiat terutama untuk kesihatan ternakan dan penghasilan susu yang banyak.

Sesuai dengan penternakan kambing Saanen, sejenis kambing susu yang banyak menghasilkan susu berbanding dengan kambing-kambing lain, daun-daun dari pokok yang tumbuh liar di Malaysia seperti mahang, lempung, kerinchi, leban, ara dan daun jambu batu adalah menjadi pilihan. Malahan banyak lagi pokok-pokok yang tumbuh liar yang yang menjadi makanan ternakan kambing yang masih belum dikenali penternak. Berikut adalah sedikit sebanyak gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika mendapatkan daun-daun tersebut untuk makanan ternakan di kandang.


Monday

Profile


Selamat Datang ke laman web kami..




Panching Ternak merupakan ladang ternakan kambing milik bumiputra sepenuhnya.

Penubuhan ladang ini adalah untuk mempertingkatkan lagi sektor pertanian dan penternakan sebagai enjin kedua penggerak ekonomi Malaysia.

Terletak di lokasi strategik di pinggir bandar Kuantan, kami komited terhadap pengeluaran hasil daging dan tenusu yang segar dan berkualiti tinggi.

Dengan persekitaran ladang dan pengaliran air yang bersih serta semburan EM yang berkala, kami sentiasa memastikan semua hasil ternakan kami berada pada tahap kesihatan yang terbaik.

Di Panching Ternak, kami menjamin produk berkualiti dan halal.

Menguruskan kambing Aqiqah dan Kenduri







Pihak Panching Ternak juga menguruskan sembelihan & melapah jika diperlukan. Bayaran sebanyak RM50 sahaja bagi setiap ekor.

Peta ke Panching Ternak

Peta ke Panching Ternak

Peta Kuantan

Pemandangan Kuantan dari satelit

ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
 

DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."

(Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

 

SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN

1. Islam
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan
   untuk bekerja seperti membajak sawah,
   menarik kereta dan sebagainya.

KETERANGAN

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."

(Surah Al-Baqarah:267)

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
30 - 39
1 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
40 - 49
1 ekor
Betina
2 tahun lebih**
60 - 69
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
70 - 79
1 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
80 - 89
2 ekor
Betina
2 tahun lebih**
90 - 99
3 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
100 - 109
2 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
110 - 119
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
120 ke atas
3 ekor atau
4 ekor
Betina @
Jantan
2 tahun lebih & **
1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
40 - 120
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
121 - 200
2 ekor kambing biri-biri atau
2 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
 
1 tahun
 
201 - 399
3 ekor kambing biri-biri atau
3 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
2 tahun
  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
  • Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Hantar komen atau tempahan anda di bawah.

Nama:

Mail:

Comment: