SELAMAT DATANG KE PANCHING TERNAK ~ PEMBEKAL SUSU KAMBING SEGAR & BIOSTEEN

Thursday

PEMAKANAN KAMBING FIDLOT




1. Pengenalan

Pemakanan memainkan peranan terpenting di dalam pemeliharaan apa juga ternakan. Ianya baik dari segi mutu makanannya, jumlah pemberian makanannya, dan juga gejala gejala yang boleh mengakibatkan penyakit atau kemudaratan disebabkan pemberian makanan tersebut. Semuanya perlu diteliti. Mutu makanan yang kurang baik akan menjejaskan kadar pembesaran dan kesihatan ternakan. Pemberian makanan yang tidak cukup dan seimbang juga akan menjejas sumber zat nutrient yang diperlukan oleh ternakan. Perlu juga diketahui unsur bahan bahan untuk makanan tersebut, sama ada terdapat gejala yang boleh memudaratkan ternakan, seperti makanan yang mengandungi enzim atau bahan yang boleh menjejas pembesaran, bahan beracun atau tengik, sesuatu galian yang terlalu tinggi kandungannya dan lain-lain.

2. Zat Zat Nutrien Yang Di Perlukan

Ternakan, perlu hidup sihat, membesar, membiak dan beranak sekurang-kurangnya 3 kali setiap 2 tahun serta menghasilkan susu yang cukup, terutamanya untuk anak. Tetapi bagi ternakan pedaging atau di dalam operasi FIDLOT ia hanya memerlukan zat nutrient untuk hidup sihat dan membesar dengan cepat sahaja.

Jenis jenis zat nutrient yang diperlukan setiap hari oleh ternakan ini ialah :

· Protien – Untuk membina sel dan daging


· Tenaga – Untuk hidup bebas mencari / mengambil makanan dan diperlukan juga untuk pembinaan sel di dalam badan


· Galian – Kalsium dan Fosforus – untuk tulang dan gigi,

· Lain lain galian seperti garam – Selera makan dan cecair badan.

· Vitamin – Vitamin A – Dari rumput, makanan

· Vitamin D – Dari matahari, rumput dan makanan


· Vitamin E – Dari rumput, dan makanan


· Vitamin K – Dari rumput dan makanan

3. Air bersih perlu ada dalam takungan setiap masa untuk penghadaman dan untuk kandungan cecair badan bagi menstabil suhu badan. Air bersih juga perlu di sediakan dan diadakan setiap masa supaya mereka boleh mendapati air bersih apabila di perlukan, kerana mereka memakan makanan yang kering.

Semua zat zat nutrient ini perlu diberikan setiap hari kepada ternakan secukupnya. Ia boleh didapati di dalam makanan jika di rumus dengan teliti dan di edarkan kepada ternakan secukupnya. Untuk ternakan pedaging / fidlot, perlu di ingat, seberapa banyak makanan yang dimakan, makanan yang dimakannya tidak akan merugikan kerana ia akan ditukarkan menjadi daging.

Makanan yang sesuai di berikan kepada kambing pedaging ialah yang mengandungi 10.3 Mj / kg tenaga metabolisme atau 68 % tenaga TDN. Ia amat sesuai diberikan dedak isirong sawit, yang mengandungi paras tenaga sebanyak itu, dan dicampurkan pula dengan garam galian yang cukup. Gaulkan dedak isirong sawit seperti formula berikut :

Dedak isirong sawit - 97.5 %
Serbuk Trikalsium fosfat - 1.0 %
Garam kasar - 1.0 %
Kapur (Limestone) - 0.5 %

JUMLAH 100 %

Jumlah pemberian bagi seekor kambing adalah seperti berikut setiap hari :

Berat badan (Kg) Jumlah (g)

20 kg 400 g
30 kg 500 g
40 kg 650 g
50 kg 790 g
60 kg 900 g

Jika boleh di dapati, campuran makanan ini boleh diberikan bersama 30 – 50 g gula molas bagi setiap ekor, dicurahkan dan di gaul semasa memberi makanan tersebut.

LAIN LAIN BAHAN MAKANAN

Protien :

Hampas kacang soya
Mil kacang (Soya, Tanah, Hijau)
Mil ikan (Ikan baja), kepala bilis

Tenaga :

Hampas sagu rumbia
Dedak padi, beras hancur
Lebihan makanan (Nasi)
Kepala roti
Ubi kayu jemur

Galian :

Garam
Kulit kerang

Banyak lagi contoh contoh bahan yang boleh didapati diberbagai lokasi di Negara ini untuk digunakan sebagai makanan ternakan.


JADUAL KEPERLUAN NUTRIEN UNTUK KAMBING PEDAGING

Berat Badan TDN M.E Protien Kalsium Fosforus J. Makanan

kg) (g) (Mj) (g) (g) (g) (g)
20 267 4.00 38 1.0 0.7 0.40
30 362 5.30 51 2.0 1.4 0.54
40 446 6.75 63 2.0 1.4 0.67
50 530 8.00 75 3.0 2.1 0.79
60 608 9.20 86 3.0 2.1 0.91


3. KEPERLUAN SERAT

Ternakan ruminan memerlukan serat di dalam makanannya setiap hari untuk penghadaman yang lebih berkesan. Dedak isirong kelapa sawit ada mengandungi bahan serat, tetapi kandungannya kurang sedikit daripada yang diperlukan oleh kambing pedaging. Adalah lebih baik jika kambing ini diberikan sedikit rumput yang di cincang, pelepah sawit atau lain lain bahan serat yang boleh didapati, seperti batang jagung dan bahan sepertinya, di cincang kasar, di beri sebanyak antara 50 – 100 g sehari atau dua hari sekali. Ternakan akan menjadi lebih sihat dan penghadaman makanan akan lebih baik serta berkesan.

4. GARAM GALIAN JILAT

Jika perlu garam galian jilat boleh di berikan kepada kambing untuk menambahkan bahan galian yang penting. Campurannya ialah :

Trikalsium Fosfat - 40 % (10 kg)

Garam kasar - 40 % (10 kg)

Kapur (Limestone) - 20 % ( 5 kg)



Bahan bahan galian tersebut di campurkan, digaul rapi dan boleh di simpan lama. Apabila diperlukan ianya di masukkan ke dalam bekas takungan dan dibiarkan di jilat sesuka hati oleh ternakan tanpa had.

Wednesday

Apakah Khasiat Susu Kambing?




Susu Kambing adalah minuman semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Mengamal meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap dan disebut emotional quotient (EQ). Selain itu susu kambing ini dapat menguatkan belakang, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Tentu ada hikmah mengapa Rasulullah S.A.W. mengembala kambing pada satu ketika dahulu. Ini bererti kambing adalah haiwan yang pernah dijaga oleh Nabi kita. Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. ditemani Abu Bakar dan detik cemas hamba Abu Bakar, Amir bin Fuhairah mengembala kambing pada waktu siang di cerun Gua Thur yang berbahaya. Pada malam hari pula, menyaksikan Amir memerah susu kambing untuk diberi minum kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan Abu Bakar.

Susu berkhasiat ini mengandungi pelbagai zat seperti Vitamin A, B1, B2, C, D, E, Panthotemic Acid, Kalsium, Folic Acid, Fiboflavin, Niacin, Biotin, Folasi, Sodium, Potassium, Magnesium, Phosphores, PH Non Organic, Chlorine, Citrete, Folaci, Choline, dan Inositol.

Menurut kajian juga, susu kambing mudah dihadam yang hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu. Carilah susu kambing berdekatan anda.

KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
• Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
• Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
• Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
• Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
• Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

PERBANDINGAN KOMPOSISI SUSU KAMBING DENGAN LAIN-LAIN SUSU
BAHAN KAMBING, LEMBU, MANUSIA
Air 87.5, 87.5, 86.8
Lemak 3.9, 3.7, 3.8
Protin 3.2, 3.1, 1.3
Laktos 4.5, 4.6, 7.8
Abu 0.8, 0.7, 0.2


PERBANDINGAN KANDUNGAN VITAMIN

Perbandingan mengikut gm/liter
VITAMIN KAMBING, KERBAU, LEMBU
Vitamin A 2070, 1669, 1560
Vitamin D 23.7, t.m, t.m
Riboflavin 1.84, 1.07, 1.75
Asid Nikotik 1.87, 1.71, 1.94
Choline 150, t.m, 121
Inositol 210, t.m, 110
Vitamin B1 0.0006, 0.0043, 0.0043



Tuesday

Hubungi:

Hj Zulkifli Bin Hj Sulaiman
Tel: 019 953 9227 atau 017 9000 899

Alamat Ladang: Lot 27827, Kg Tanah Belia, Panching
26090, Kuantan, Pahang Darulmakmur.


Email: zulkifs@yahoo.com atau zulkifs@gmail.com

Sabun Garam Himalaya



Sabun Kristal Garam Gunung Himalaya ini adalah tulen dan penuh dengan khasiat mineral semulajadi. Gosok di muka atau badan anda dengan sabun kristal ini bagi menyerlahkan lagi kulit muka dan badan yang sihat dan bermaya.

Sabun Kristal Garam Gunung Himalaya tulen ini juga boleh digunakan bagi:--mengeluarkan sel-sel kulit yang mati-melembab & melembutkan kulit-menghilangkan kesan jerawat/parut di muka-merangsang kulit mengeluarkan sel2 yg baru-menambah vitamin semulajadi kepada kulit-menjadikan kulit nampak lebih sihat, muda, gebu dan berseri hasil dari sel-sel muka yang sentiasa diperbaharui... secara semulajadi.

Saturday

Mudball EM




CF-Bio Mudball adalah formulasi khas yang dihasilkan melalui proses fermentasi semulajadi dengan teknologi benefisial mikrob.

Pengenalan CF- Bio Mudball di dalam sistem rawatan persekitaran.

Ianya akan membantu ekologi dalam sistem persekitaran kepada suatu yang baik khasnya kepada rawatan air, keladak serta enap cemar permukaan dasar dan yang lebih penting ianya bersifat mesra alam, mudah serta efektif.

Ianya juga amat efektif dalam aplikasi rawatan pantai, sungai, perangkap minyak, ternakan air dan rawatan kolam kumbahan.

Kadar Penggunaan: 1biji untuk 0.5 – 1 meter padu (bergantung kepada sesuatu keadaan).

Berat : 300gram/sebiji

Kandungan: Air, Molasses, Bahan organik, Tanah liat, Dedak beras, benefisial mikrob dan lain-lain

Cara penyimpanan : simpan di tempat yang redup dan guna dalam masa 6 bulan dari tarikh dikeluarkan.

Kebaikan Penggunaan:

- Bersesuaian untuk semua jenis rawatan persekitaran.

- Menghalang atau mengurangkan kehadiran gas merbahaya seperti ammonia dan hydrogen sulphide, menstabilkan PH, meningkatkan paras oksigen (DO dissolved oxygen);

- Menghalang kehadiran bakteria merbahaya dan lain-lain unsur yang merosakan;

- Memecah sebatian lemak; dan

- Mengurangkan keladak/sludge/enap cemar dan memperbaiki kualiti air;

- Penjimatan penggunaan air (tiada penukaran air);- Penjimatan penggunaan elektrik;

- Hasil yang berkualiti tinggi;

- Bersifat mesra alam, mudah dan murah.

Pembungkusan1 bungkusan 12 biji dan 1 kotak 60 biji

Peta ke Panching Ternak

Peta ke Panching Ternak

Peta Kuantan

Pemandangan Kuantan dari satelit

ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
 

DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."

(Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

 

SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN

1. Islam
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan
   untuk bekerja seperti membajak sawah,
   menarik kereta dan sebagainya.

KETERANGAN

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."

(Surah Al-Baqarah:267)

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
30 - 39
1 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
40 - 49
1 ekor
Betina
2 tahun lebih**
60 - 69
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
70 - 79
1 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
80 - 89
2 ekor
Betina
2 tahun lebih**
90 - 99
3 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
100 - 109
2 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
110 - 119
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
120 ke atas
3 ekor atau
4 ekor
Betina @
Jantan
2 tahun lebih & **
1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
40 - 120
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
121 - 200
2 ekor kambing biri-biri atau
2 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
 
1 tahun
 
201 - 399
3 ekor kambing biri-biri atau
3 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
2 tahun
  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
  • Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Hantar komen atau tempahan anda di bawah.

Nama:

Mail:

Comment: