Alhamdulillah plan untuk ke Melaka terlaksana juga akhirnya. Seawal pagi kami bertolak dari Kuantan utk menjejak sahabat lama aku, saudara Norman yang sama2 kerja di Vietnam suatu ketika dulu yang kini buat projek ternakan kambing juga.Kami tiba di Bukit Rambai agak lewat kerana tersilap jalan.Hahaha.. dah lama tak ke Melaka, jalan dah berubah rupanya... Tahniah kepada orang Melaka,dah makin cantik sekarang ni..
Setelah diberi penerangan mengenai makanan ternakan yang dibuat sendiri untuk menjimatkan kos makanan yang kian meningkat sekarang ini, kami pun dengan sukacitanya membeli beberapa tong makanan kambing untuk di bawa balik ke Kuantan dan Temerloh dan diberikan kepada kambing2 kami.Alhamdulillah, ada perkembangan positif.
Kepada pemilik SGI Farm, En. Norman, aku ucapkan tahniah atas kejayaan yang di kecapi sekarang.
Setelah penat melawat kandang, kami pun menjamu selera di bandar Melaka dan menyerahkan EM yang di pesan oh Tn Hj Zakaria. Berikut ada sedikit gambar yang sempat kami ambil ketika melawat SGI Farm.
No comments:
Post a Comment