Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan2 sekelian.Dah agak lama saya tidak dapat update dalam blog ni. Bila dah sibuk dengan aktiviti lain, nak update pun tak sempat.Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi pada kali ini. Topik yang saya nak kongsi pada kali ini adalah mengenai penambahan jumlah penternak terutama di negeri Pahang ini bagaikan cendawan tumbuh... Seronok bila dapat jumpa kawan2 baru. Yang tak seronok ada dikalangan penternak yg menghadapi masalah kerana tiada ilmu dalam penternakan tapi terus buat projek secara besar besaran dan kesudahannya rugi pun besar-besaran dan akhirnya tutup kandang.Ada yang menanggung hutang bank setelah usaha dijalankan hanya sekerat jalan.Amat menggerunkan...
Bagi orang yang banyak duit, tak kisahlah.. setakat habis RM20K seminggu tu kecik je...tapi bagi mereka yang semata-mata bergantung kepada jumlah itu untuk perkembangkan jumlah ternakan dan mendapat modal pusingan, bayangkalah betapa peritnya masalah yg dihadapi... Oleh yang demikian saya rasa sebaik2nya, pergilah kursus2 yang di anjurkan oleh badan2 atau agensi2 yg terlibat spt Jabatan Perkhidmatan Haiwan,Mardi dan sebagainya terutama sekali dari kawasan yang berdekatan.Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu.Selain dari itu, jumpalah otai2 dalam bidang penternakan ni.Dapatkan pengalaman daripada mereka kerana tak semua yang kita baca atau kursus yang kita hadiri tu sama dengan pengalaman yg kita timba dari otai2 ni.Banyak kaedah2 traditional yg boleh membantu kita dalam menguruskan ternakan yg masih boleh diguna pakai.
"Rambut sama hitam, hati lain-lain". Itulah peribahasa yang sering kita dengar. Dalam dunia penternakan ini pun sama.Hati2lah dalam segala urusan.Jangan mudah terpengaruh dengan kata2 manis yang ditaburkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.Banyak kaedah penipuan dijalankan untuk mendapatkan keuntungan peribadi yang ternyata haram di sisi Allah.Kecurian ternakan juga sering kita dengar.Bayangkanlah, susah payah mengumpul duit untuk beli ternakan kesudahannya sekandang kambing hilang begitu sahaja? Bagaimana pula bagi mereka yang membuat pinjaman? Kat mana nak cari duit untuk bayar hutang? Sedih mengenangkan nasib penternak.Allah maha besar.Kalau di dunia ni mereka boleh buat benda2 tu semua, tunggulah balasan Allah.
Penternakan kambing adalah sunnah rasulullah.Menjunjung sunnah besar pahala di sisi Allah.Teruskanlah menternak.Selain mengharapkan keredhaan Allah, insyaAllah ia akan membantu kita dalam kehidupan seharian...
Penternakan kambing banyak memerlukan kesabaran dan kesungguhan kita.Kalau kita tak sabar mungkin hanya dapat bertahan untuk seketika sahaja terutama bagi mereka yang membuat ternakan secara fidlot.Dengan kos makanan ternakan yang semakin meningkat dan kadar penyakit yang mudah merebak jika pengurusan kandang tidak dijalankan dengan baik.Walaupun harga makanan menjadi masalah, cuba cari alternatif lain.Mungkin kita boleh guna tumbuhan hijau yang banyak terdapat di sekitar kawasan ternakan kita.Itulah gunanya kursus dan otai2.Banyak perkara yang boleh di manfaatkan..
Ayuhlah... teruskan usaha anda untuk bersama2 berjaya dalam industri ternakan.Timbalah ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin.Jangan mudah terpedaya dengan mereka yang tidak bertanggungjawab.Lakukan aktiviti2 yang berfaedah.Mulakan usaha anda dengan BISMILLAH..