SELAMAT DATANG KE PANCHING TERNAK ~ PEMBEKAL SUSU KAMBING SEGAR & BIOSTEEN

Sunday

Applikasi EM



Apakah EM? Biasa minum yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur.....ini semua adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan. Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai contoh Peternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan.....Amat Menguntungkan!!!Apakah kandungan dalam EM atau Probiotik?Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan. KEBAIKAN PENGGUNAAN EM
Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik
Produk yang dihasilkan bebas daripada kesan-kesan sampingan
Produk yang mesra alam
Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman
Mudah digunakan
Menghilangkan bau ammonia
Megurangkan pembiakan lalat
Mengurangkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)
Penghasilan baja organik atau kompos
PENGGUNAAN EM UNTUK…..1. Semburan pada luar dan dalam reban (spraying within shed)2. Air minuman (drinking water)3. Makanan (feed)4. Tempat pijak atau tempat tidur (animal bedding)5. Rawatan kolam takungan najis.TERNAKAN RUMINAN SEPERTI KAMBING DAN LEMBU Amat berkesan untuk ternakan ruminan seperti kambing kerana boleh menambah jumlah ‘bakteria baik’ dalam sistem penghadaman seterusnya dapat meningkatkan tumbesaran dan ketahanan terhadap penyakit. Lebih effektif pada ternakan lembu bagi menambah ‘bakteria baik’ dalam usus untuk mempercepatkan proses pencernaan dan menambah selera makan ternakan. Kehadiran bakteria ini akan mempercekapkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan ini akan menjimatkan makanan dan memendekkan masa ternakan.Semburan pada najis lembu juga boleh menghasilkan baja organik yang berkualiti.Sejarah EM Pembangunan pertanian secara alami dan akrab lingkungan telah lama dikembangkan di Jepun dengan tujuan untuk menghasilkan bahan makanan yang aman serta bebas dari bahan-bahan kimia yang berbahaya dan beracun. Pembangunan pertanian alami ini semula hanya menerapkan system pertanian organic, tetapi ternyata hasilnya relative sedikit atau mempunyai produktivitas rendah.Dalam tahun 1980-an, Prof. Dr. teruo Higa dari University of The Ryukyus, Okinawa Jepang memeprkenalkan konsep EM atau Effective Microorganisme (EM) setelah mengadakan penelitian hampir 20 tahun tentang kehidupan mikroorganisme. Dalam penelitian tersebut sekelompok mikroorganisme effective yang bermanfaat oleh Prof. Dr. Teruo Higa telah dikembangkan dan digunakan sebagai salah satu cara memperbaiki kondisi tanah, menekan pertumbuhan mikroba yang menimbulkan penyakit dan memperbaiki effisiensi penggunaan bahan organic oleh tanaman yang kemudian disebut dengan Effective Microorganisme yang di singkat EM.Periode riset professor Higa dimulai sejak tahun 1968 dan untuk pertama kali hasilnya diperkenalkan kepada para ahli dunia. Pada tahun 1980 hasil-hasilnya dibidang pertanian sangat menakjubkan dan para ahli dunia memberikan julukan “microorganisme sakti dari Jepun “ Untuk menandai penemuannya pada tahun 1980 didirikan lembaga “ International Nature Farming Research Center” (INFRC). Para ahli dari berbagai kawasan dunia menginginkan Teknologi EM ini untuk dikembangkan dan tahun 1989 didirikan Asia Pasifik Nature Agriculture Network (APNAN) dan tahun 1991 untuk kawasan Amerika latin/Amerika selatan didirikan “South Amerika Nature Farming Agriculture Network” (SANAN) tahun 1994 didirikan EM Research Organizatioan ( EMRO).Teknologi EM merupakan bioteknologi yang dikembangkan sejalan dengan prinsip-prinsip pertanian yang berwawasan lingkungan, mengurangi atau menekan penggunaan pupuk kimia dan pestisida dengan memanfaatkan system alami untuk meningkatkan produktivitas tanah, mengurangi biaya produksi serta menghasilkan bahan yang tidak terkontaminasi bahan kimia.
Effective Micronism dihasilkan daripada sediaan bahan organik dan gabungan mikrob-mikrob yang efektif seperti Yis, Asid Laktik dan Photothoropik. Akan segera bertindak secara semulajadi, berkerjasama dan menghasilkan sebatian manafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik, mineral dan antioksidan bila bertemu dengan bahan-bahan organik. Campuran-campuran mikrob-mikrob ini juga dapat menghasilkan pelbagai jenis antioksidan dan ianya dapat membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tidak berfaedah.

Cara penyimpanan dan speksifikasi produk:

- Simpan di tempat yang redup atau terlindung dari pancaran terus matahari.

- Jika telah dibuka simpan ditempat yang tertutup

- PH kurang dari 3.8· Berbau masam-masam manis

- Mengandungi asid laktik, bakteria pototropik, yis, molasses, mineral dan dedak beras.

- Gunakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh dikilangkan.

Kebaikan dari penggunaan CF-Enviro dalam bidang Penternakan.

Menghalang dari penghasilan ammonia dan hydrogen sulphide·

Mengurangkan stress pada haiwan dan masyarakat sekeliling· Memperbaiki system penghadaman ternakan serta kebolehan pengambilan nutrient·

Mempertingkat mikro flora ternakan·

Mengeluarkan antibiotik dan bahan bioaktif lain·

Melarutkan bahan tidak larut untuk sumber nutrien· Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja.

Cara penggunaan :* sila rujuk kepada panduan penggunaan dan modul.

•EM - untuk pertanian
•■ Mengurangkan kos pertanian
•■ Tanaman boleh dituai awal
•■ Mengeluarkan hasil dengan kuantiti yang banyak.
•■ Mengeluarkan kualiti yang bermutu tinggi.
•■ Tiada keracunan pada hasil tanaman
•■ Menambah kebolehan bahan organik sebagai baja
•■ Tanah bertambah subur dari masa ke semasa
•■ Menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman (ripening)dalam produk pertanian yang dihasilkan
•■ Meningkatkan kapasiti fotosintesis tumbuh-tumbuhan
•■ Menambah keadaan fizikal kimia dan biologi tanah
•■ Mengurangkan tenaga buruh
•■ Tanah yang ada EM memerlukan tillage(penggemburan)yang rendah
•■ Membantu mngeluarkan nutrien kepada pokok dalam jumlah yang banyak.
•■ Menambah ketahanan tumbuhan dari serangan seranggga dan penyakit
•■ Memusnahkan serangga pemusnah dan makhluk perosak
•■ Menghentikan proses pengaratan logam lantas mengurangkan kos penyelenggaraan mesin
•■ Alam sekitar terpelihara

•EM - untuk penternakan
•■ Mengurangkan bau busuk dalam kandang ternakan dan kolam kumbahan
•■ Mengurangkan lalat, kutu dan serangga lain yang merbahaya
•■ Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan
•■ Mengurangkan tekanan pada haiwan
•■ Meningkatkan ketahanan kepada penyakit
•■ Meningkatkan kualiti produk ternakan
•■ Memanjangkan hayat di pasaran
•■ Memperbaiki kesuburan
•■ EM apabila dijadikan makanan haiwan akan menghasilkan najis yang berkualiti
•■ Mengurangkan penggunaan ubatan, antibiotik dan penyah kuman dalam ladang ternakan
•■ Mengurangkan stress/tekanan kepada haiwan ternakan, pekerja dan penduduk sekitar

•EM - untuk akuakultur

•■ Ikan, udang dan lain-lain
•■ Mengurangkan pengeluaran kos modal sehingga 50%
•■ Memudahkan kultur tanpa menggunakan bahan kimia
•■ Udang/ikan lebih segar dan kulit lebih segar
•■ Menyah ammonia, methane dan hydrogen sulfite
•■ Bebas dari penyakit dan mengurangkan kos antibiotik
•■ Air menjadi bersih

No comments:

Peta ke Panching Ternak

Peta ke Panching Ternak

Peta Kuantan

Pemandangan Kuantan dari satelit

ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
 

DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."

(Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

 

SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN

1. Islam
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan
   untuk bekerja seperti membajak sawah,
   menarik kereta dan sebagainya.

KETERANGAN

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."

(Surah Al-Baqarah:267)

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
30 - 39
1 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
40 - 49
1 ekor
Betina
2 tahun lebih**
60 - 69
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
70 - 79
1 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
80 - 89
2 ekor
Betina
2 tahun lebih**
90 - 99
3 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
100 - 109
2 ekor &
1 ekor
Jantan &
Betina
1 tahun lebih & *
2 tahun lebih**
110 - 119
2 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
120 ke atas
3 ekor atau
4 ekor
Betina @
Jantan
2 tahun lebih & **
1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

 

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI

KADAR NISAB
KADAR ZAKAT
Bilangan (ekor)
Bilangan
Jantina
Umur
40 - 120
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
121 - 200
2 ekor kambing biri-biri atau
2 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
 
1 tahun
 
201 - 399
3 ekor kambing biri-biri atau
3 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
1 tahun

2 tahun
Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor
1 ekor kambing biri-biri atau
1 ekor kambing
Jantan/Betina

Jantan/Betina
2 tahun
  • Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  • Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
  • Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Hantar komen atau tempahan anda di bawah.

Nama:

Mail:

Comment: