Wednesday
Apakah Khasiat Susu Kambing?
Susu Kambing adalah minuman semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.
Mengamal meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap dan disebut emotional quotient (EQ). Selain itu susu kambing ini dapat menguatkan belakang, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
Tentu ada hikmah mengapa Rasulullah S.A.W. mengembala kambing pada satu ketika dahulu. Ini bererti kambing adalah haiwan yang pernah dijaga oleh Nabi kita. Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. ditemani Abu Bakar dan detik cemas hamba Abu Bakar, Amir bin Fuhairah mengembala kambing pada waktu siang di cerun Gua Thur yang berbahaya. Pada malam hari pula, menyaksikan Amir memerah susu kambing untuk diberi minum kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan Abu Bakar.
Susu berkhasiat ini mengandungi pelbagai zat seperti Vitamin A, B1, B2, C, D, E, Panthotemic Acid, Kalsium, Folic Acid, Fiboflavin, Niacin, Biotin, Folasi, Sodium, Potassium, Magnesium, Phosphores, PH Non Organic, Chlorine, Citrete, Folaci, Choline, dan Inositol.
Menurut kajian juga, susu kambing mudah dihadam yang hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu. Carilah susu kambing berdekatan anda.
KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
• Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
• Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
• Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
• Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
• Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
PERBANDINGAN KOMPOSISI SUSU KAMBING DENGAN LAIN-LAIN SUSU
BAHAN KAMBING, LEMBU, MANUSIA
Air 87.5, 87.5, 86.8
Lemak 3.9, 3.7, 3.8
Protin 3.2, 3.1, 1.3
Laktos 4.5, 4.6, 7.8
Abu 0.8, 0.7, 0.2
PERBANDINGAN KANDUNGAN VITAMIN
Perbandingan mengikut gm/liter
VITAMIN KAMBING, KERBAU, LEMBU
Vitamin A 2070, 1669, 1560
Vitamin D 23.7, t.m, t.m
Riboflavin 1.84, 1.07, 1.75
Asid Nikotik 1.87, 1.71, 1.94
Choline 150, t.m, 121
Inositol 210, t.m, 110
Vitamin B1 0.0006, 0.0043, 0.0043
Peta ke Panching Ternak
Peta Kuantan
Pemandangan Kuantan dari satelit
Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna
syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib
dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah
kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.
DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN
1. Islam
KETERANGAN
Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak
cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini
berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
(Surah Al-Baqarah:267)
SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU
* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka
bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan
yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan
zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.
** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada
pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada
pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.
SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI
"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda
Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan
aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor
lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30
ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina
yang mencapai umur 2 tahun)."
(Riwayat Ibnu Majah)
* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan
untuk bekerja seperti membajak sawah,
menarik kereta dan sebagainya.
"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk
daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."
1 ekor
Betina
2 tahun lebih**
1 ekor
Betina
2 tahun lebih**
4 ekor
Jantan
1 tahun lebih*
1 ekor kambing
Jantan/Betina
2 tahun
2 ekor kambing
Jantan/Betina
3 ekor kambing
Jantan/Betina
2 tahun
1 ekor kambing
Jantan/Betina
No comments:
Post a Comment